Biarkan sahaja cerita itu bercerita
Usai lidah tidak bertulang
Sudah keletihan aku mengosilasi rasa
Klimaksnya, cerita itu hanya sebuah cerita cuma
Buat menambah warna bual bicara
Dan aku tidak mahu menjadi dungu untuk meneguk segalanya
Kerana ia hanya cerita kosong tanpa punca
Ibarat melayan rasa kanak-kanak kecil yang kecewa.
Mursyid Othman
11:13 pm