Twitter
RSS

Dalam persekitaran kata-kata

6

“Dia menciptakan manusia. Mengajarnya pandai berbicara.” (Ar-Rahman, 55.3-4)

1

Untuk ibu juga arwah abah yang mula-mula mengajar saya pandangan dunia Tauhid, terima kasih selaut kasih dari seorang anak yang masih mentah erti kehidupan!

2

Saya selalu katakan pada ibu, saya mahu menjadi ini dan menjadi itu. Saya selalu menggambarkan saya akan berada di sini, berada di situ. Ibu hanya menganguk dan mengiya, menyokong tidak membantah pun tidak cumanya hanya menitip sedikit pesan..”jangan buat kerja separuh jalan! Mak tak suka!”

3

Abah…ruang antara kita terlalu tipis. Tetapi jangan salah faham kerana saya tidak pernah menyalahkan. Tuhan telah memberi jalur dan warna tertentu untuk kita. Dia yang menentukan! Atas cintaNya..

4

Ibu, kamu terlalu tabah hati..tabah melayari kehidupan penuh onak tanpa banyak lelahan kecewa. Adakala saya ini tidak terlalu mengerti. Benar dulu-dulu kita sering memerhati desiran ombak, setia mengunjungi pantai, larut merenung dunia tanpa sempadan. Maaf itu, ketika itu saya masih hingusan…anak ibu ini masih belum mampu memahami ibu..tetapi InsyaAllah ibu..anak ini pasti membahagiakan ibu!

5

Abah, anak abah ini bakal kembali ke medan peperiksaan. Medan perjuangan bagi seorang anak muda yang cuba melakar masa depan yang lebih baik. Pemergiaan abah juga dikala ambang peperiksaan hakikatnya benar menyentuh rasa. Dunia bagaikan terhenti. InsyaAllah abah, saya tidak akan pernah menyalahkan. Dia yang Maha Esa telah mencipta bumi, langit, syurga, bintang-bintang dan hujan. Tuhan menciptakan manusia. Sebagai hamba, saya akur.

6

Ibu, sekalung penghargaan dari anak nakal ibu ini atas segalanya. Entah balasan apa harus anak ibu ini berikan..mungkin tidak senilai..tapi InsyaAllah..sedaya upaya saya..doakan saya ya ibu!

7

Abah, terlalu awal kita terpisah. Dan, rasanya terlalu sukar untuk kita ketemu semula. Saya tidak akan putus-putus berdoa agar kita ketemu semula. Abah terlalu sempurna. Untuk anak-anak abah, segala apa pun abah sanggup korbankan. Abah catatkan segalanya perihal anak-anak abah dalam catatan diari peribadi abah. Catatan tanpa leka. Catatan penuh makna. Maaf abah..biarpun tulisan itu hanya sempat saya baca beberapa muka, namun sudah cukup untuk merungkai betapa kasih dan cinta Abah pada keluarga. InsyaAllah, suul qhatimah buat gemulah abah. Damailah abah disana.

8

Ibu tersayang, hari ini..disini..sudah ramai yang kecundang. Sudah ramai yang sudah terkubur dengan dunia fitnah dan perjuangan yang entah apa-apa. Seandainya ibu disini pasti ibu sendiri akan kecewa. Namun anak ibu ini yakin, kepayahan itu buahnya syurga. Mujahadah sajalah anak ibu ini..ibu doakan mursyid ibu ini ya!

9

cintaNya buat gemulah abah. Abah, damai abah damai abadi..sekurang-kurangnya abah pergi dahulu dari saya keluar dari dunia ujian, sedangkan saya masih disini, masih diuji dengan ujian serba macam. Setiap ujian dan dugaan, anak abah ini hanya bakal mendapat dua perkara..dosa dan pahala..dan saya sebagai seorang anak..langsung tidak mahu abah dibebani disana! InsyaAllah abah, janji!

10

Mama, juga arwah abah. Saya selalu merenung jauh apa yang harus saya menjadi. Adalaka saya bikinkan saya ini seorang jurutera, adakalanya saya gemar mengajar teori eletrik dan matematik dan akhirnya sudah mula terdetik mahu menjadi pejuang Agama, Negara dan bangsa! Dan paling mengujakan, tak kurang juga ada yang dengan sinis meramal saya akan menjadi penyair besar! Katanya saya kuat berfalsafah!! Entahlah..saya manusia, mahu menjadi hamba!

11

Semakin jauh saya meneleku, semakin dekat saya mengerti. Kehadiran mama dan arwah abah dalam dunia saya ini hanya singgahan dalam hidup. Dan lama kemudian saya mengerti, rencana dan jalur yang ditentukan Tuhan bahawa mereka ibarat teduh sementara, ada teduhan lain yang bakal saya telusuri. Dan ini kisah saya serba sedikit buat renungan bersama. Tidak langsung berniat untuk meperkecilkan sesiapa..sungguh tidak!

12

Seorang mahu menjadi pelangi, yang seorang mengaku matahari. Dan saya masih mahu menjadi seorang manusia, menjadi hamba, akan saya pilih siapa setelah teduh nanti?