Twitter
RSS

sebuah lagu

0




Entah kenapa..aku sangat rindu suatu waktu seperti waktu-waktu dahulu..

Sebuah lagu..iramanya selalunya punya beza..apabila aku memilih melodinya..adakala perlu juga aku fikirkan seketika..harus bagaimana iramanya?

Kerjaya, cita-cita, naluri hati dan hobi..sering sahaja aku temui pertembungan..mungkin juga ini normal sahaja..semua orang sama !
 
Lagu..tanpa suara..sesetengah orang mungkin sahaja mampu merasa & meneka wajahnya..aku masih lagi seperti aku..tiada banyak bezanya dari yang dulu !

Kata orang..irama tidak dapat dipisahkan dengan lagu..dan aku masih berlagu dengan lagu-lagu berwajah bisu..sukar untuk ditamsilkan..

Kita yang mencipta lagu..dan lagunya ada yang melagukan..

Sudah panjang-panjang aku fikirkan..adakala tak semua kita dapat dakapi dan kecapi..ironinya juga banyak juga perkara yang kita kecapi langsung kita tidak terfikirkan..seperti sahaja sebuah lagu..

Mungkin benar kata pujangga..hidup ini satu pilihan…dan hidup ini juga satu ikhtiar bagi yang mampu..

Doa yang baik-baik sahaja aku pinta..buat jadi keringanan..dikala sukar !