Twitter
RSS

Ramadhan Kareem !

1

Alhmdulillah. Ramadhan kali ini saya masih dikurniakan kesempatan untuk menghayati Kecintaan. Allah masih memanjangkan usia saya dan menganugerahkan fikir yang masih revelan agar saya sentiasa sahaja mahu berbuat yang baik-baik sahaja..seiring perjalanan usia...

Ramadhan ini sentiasa sahaja punya ruang yang panjang..ruang menghargai...kita sering sahaja gagal untuk menghargai sesuatu..dan Ramadhan adalah suatu masa untuk muhasabah..bagaimana kita menghargai kala kita mula menyuap nasi ....dan bagaimana seharusnya kita berfikir lewat air pertama yang membasah kerongkongan..betapa seharusnya kita ini harus sangat menghargai menerima rezeki dari Allah.

Dan sebagai hamba..sering sahaja kita meminta tanpa memberi..mencerca sana dan sini dengan nafsu nafsi...menghukum tanpa mengadili...maka Ramadhan inilah ubat yang akan memandu diri..

Klisenya, kita selalu menang dalam mencari kepuasan diri dan Ramadhan tiba lagi untuk kesekian kali mendamba hati-hati yang sanggup untuk bersujud memohon dan tunduk naïf menghina diri...

Bukankah saat sujud, saat turunnya hujan, saat antara azan dan iqamah, saat tibanya jumaah, saat kita mahu beriftar, juga saat kita berselisih dengan malam seribu bulan. saat makbul doa!  Tuhan mahu kita meminta dan berdoa...lewat doa yang penuh kehambaan..

Ya Allah..inilah Ramadhan..Wahai Tuhan kami kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhilah kami dari azab api neraka.


 Dan saya mahu terus berdoa dan bukan hanya lewat sujud panjang!