Twitter
RSS

intuisi

0



Beberapa malam yang lalu saya didatangi seorang teman baik saya..teman saya yang ini selalunya datang dengan perkongsian-perkongsian jiwa..adakala perkongsian-perkongsian itu saya hanya diam dan mengangguk…ada juga yang perlu saya lakukan timbangtara dan beri satu tamsilan…ia bergantung kepada keperluan yang saya rasa…entah kenapa..malam yang ini teman saya ini lebih mahu saya bercerita tentang pengalaman dan cerita-cerita kosong saya di tanah Haram…dan saya tanpa banyak bicara langsung sahaja bercerita…hingga suatu ketika saya mengesani ada titik-titik jernih mula bertamu di kelopak matanya…entah kenapa…dan akhirnya membuatkan saya kembali merenung jauh..meneliti kembali kesempatan-kesempatan yang saya masih punya…demi sebuah tangisan Cinta…

dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan  permohonan orang yang berdoa apabila ia bermohon kepada-Ku maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran. Al-Baqarah:186



Daun-daun Jendela Yang Membuka

0


 Tulisan Pak Baha Zain yang buat aku terpana..sempurna..cukup semua ramuan !




Kejayaan adalah tuah apabila tiba tanpa diduga,
kecemasan adalah takdir malang apabila datang tiba-tiba,
kejayaan terasa manis apabila menjelma di hujung derita.
Ceria dan duka adalah daun-daun jendela yang membuka,
melimpahkan cahaya keinsafan hidup, dan kebijaksanaan di dunia.

Kata Khalil Gibran:
Kebijaksanaan tidak lagi kebijaksanaan apabila terlalu angkuh untuk menangis,
terlalu serius untuk ketawa dan terlalu tamak untuk mencari selain daripada dirinya.
Sungguh, kata Lao Tzu, mengetahui orang lain adalah kebijaksanaan,
memahami diri sendiri adalah keinsafan.

Gibran dan Lao Tzu, tidak berbicara kepada kita tanpa kata-kata dan puisinya,
tetapi Adamlah yang pertama mengajarkan nama-nama;
kemudian mewariskan makna.

Kredit: 
Baha Zain
Mac 2012