Twitter
RSS

Eid Mubarak

0
salam eidulfitri mulia..belajarlah tentang hidup...ia berliku..juga penuh warna buat hati-hati yang mahu merenung...dunia kita berbeza...Lebaran itulah yang memperindahkan.........Allah itu Maha Adil.. 





Imejan Wayang

0

Aku membaca coretan kisah sahabat Rasulullah s.a.w di laman email kiriman seorang teman sekerja..kisahnya adalah perihal bagaimana Abdullah bin Amr yang bertamu di rumah Saad bin Abi Waqas untuk melihat amalan beliau untuk dicontohi, namun apa yang ditemui Abdullah bin Amr hanyalah kehampaan…setelah berlalu tempoh 3 hari, Abdullah bin Amr berkata..

Sesungguhnya tiada persengketaan antara saya dan bapaku(alasan untuk menumpang bermalam), dan saya juga tidak meninggalkan rumah kerana perkara tersebut. Tetapi saya mendengar Rasulullah s.a.w. telah bersabda tentangmu dalam tiga kali majlis, maksudnya: “Akan datang kepada kamu seorang lelaki daripada kalangan penghuni syurga,” Lalu kamu ialah orang yang datang pada ketiga-tiga waktu yang disabdakan Baginda. Maka, saya ingin bertamu di rumahmu supaya dapat melihat amalanmu, lalu saya dapat mencontohinya.

Namun, saya melihat kamu tidak banyak melakukan amalan. Maka apakah perkara yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. mengenaimu?” 

Sa’ad menjawab: “Tidak ada suatu perkara yang kamu lihat melainkan saya tidak mempunyai sangka buruk dalam diriku kepada seorang pun daripada kalangan kaum Muslimin, dan saya tidak pernah mengatakan sesuatu yang buruk kepada mereka.” 

……
Abdullah berkata:
“Inilah perkara yang saya ketahui tentangmu, dan ia adalah perbuatan yang tidak mampu saya lakukan” (Riwayat Ibn Asakir)



1 syawal 1433


Kewujudan yang telah dibutakan

1

Saya menemui kisah tentang Hanafi di sebuah majalah kegemaran saya..saya seperti dapat meneluku rasa kehilangan yang dialami Hanafi...agak sayu membaca kisahnya...Kisah Hanafi yang memilih hidup menyewa di sebuah pangsapuri kecil, berhampiran sebuah perpustakaan..aduh..penuh klise...juga penuh sarat dengan makna...

Jujurnya, saya seperti dapat menyelami dalam-dalam jerih dan perih Hanafi dalam melayan rasa. Bagaimana kisahnya Hanafi, jiwanya sarat dalam juang terus-terusan untuk hidup...mungkin itu hanya karakter yang hanya dibikin sang penulis buat pemikir-pemikir mencari lapis-lapis makna yang berlapis-lapis untuk direnung-renungkan…saya kira begitulah…

Dan ironinya, saya seperti dapat melihat dan merasa..bagaimana Hanafi memetik kemuning, disatukan dengan beralaskan sapu tangannya..dan bagaimana syahdunya Hanafi membaca permulaan Surah ar-Rahman...
"Tuhan yang Maha Pemurah, yang telah mengajar al-Quran. Dia menciptakan manusia, Mengajarnya pandai berbicara. Matahari dan bulan beredar menurut perhitungan-Nya dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohon, kedua-duanya tunduk sujud kepada-Nya."

Saya tahu, dia pasti mencintai surah itu. Dan saya dapat merasa akan tangisannya apabila diulang-ulang pertanyaan, "nikmat Tuhan yang manakah yang mahu kamu dustakan?"

Dan..saya juga turut menangis...


mursyid othman
16 Ramadhan 1433H