Twitter
RSS

Transfigurasi

5





“Daripada Jabir r.a, bahawa Raulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Ketika ahli syurga telah masuk ke dalam syurga, Allah bertanya: ‘Adakah kamu mahukan sesuatu?’ Mereka menjawab: ‘Wahai Tuhan kami, apakah yang melebihi apa yang telah Engkau berikan?’ Allah menjawab: ‘Bahkan reda-Ku lebih besar.’”(Riwayat Ibn Hibban)




Aku fikir dunia ini kadangkala indah…adakala aku fikir dunia ini juga punya beribu mehnah dan tribulasi…jarang sekali dunia ini sentiasa indah..kata orang bijak pandai dunia ini ibarat pelangi..punya berbagai warna….dan warna-warna inilah yang mewarnakan hidup…

Entah kenapa…dalam sebuah kehidupan…seringkali manusia melihat dunia ini bagai sebuah medan juang…perjuangan itu kadangkala yang baik dan diredhai Tuhan..tidak kurang juga perjuangan yang penuh bobrok…hari ini aku melihat wajah-wajah kegirangan warga Amerika di Washington yang meraikan kejayaan meluluskan undang-undang menghalalkan perkahwinan sejenis! Entah sialan apa! Celaka!

Bicara cerita perjuangan ini sudah pasti aku punya banyak kisah..mudahnya…setiap apa yang aku perjuangkan hanya didasari satu dasar…itu semua pasti kalian tahu…dan aku rasa sepanjang perjuangan ini ada gerit perihnya tersendiri…ada yang aku hadapi adakala sukar aku tangani..tidak kurang juga bikin aku rasa kacau…Terima kasih selaut kasih buat yang banyak memberi dorongan dan sokongan…terima kasih juga buat yang tidak henti-henti meghentam tanpa belas ihsan…maaflah kawan dan lawan… Pastinya hati ini sedikit terluka.. aku ini manusia biasa!

Perjalanan pastinya akan lebih sukar dan panjang dalam setiap perjuangan…pastinya akan aku henyak sahaja apa sahaja yang melanda untuk sebuat matlamat dan jalan…kadangkala sering aku kenangkan perjuangan orang-orang terdahulu..rintangannya pastilah berat dan sukar…klimaksnya air mata dan darah menjadi taruhan!

Aku pernah dan sering berkata dalam mana-mana program yang memerlukan aku berkata-kata pada khalayak…”kita sebenarnya eksperimental…tiada siapa yang sempurna…saya juga belajar dan terus belajar”…namun fitrah manusia begitulah…inginkan kesempurnaan…seharusnya manusia itu berpijak atas bumi yang nyata..!

Dunia yang mungkin akan singkat..atau mungkin masih panjang pasti memberi lebih banyak perkara-perkara baharu yang penuh tanda tanya terutama buat insan-insan yang juangnya tinggi dan punya matlamat yang besar..buat yang bermatlamat kecil..maka kecil jalan dan rintangan…semudah itu…tiada yang memuji dan tiada yang mengeji…sungguh!

Jujur dari hati…MSR jan 2012 antara yang banyak memberi kesan di hati…terima kasih selaut kasih buat yang memberi aku ini banyak warna-warna pelangi yang indah…biarpun adakala ianya cerah warnanya dan tidak kurang yang warnanya jingga..biarpun jingga..aku pasti ianya akan cerah di esok hari…pasti cerah di esok hari……

Biar sebagaimanapun warnanya, aku pasti akan kembali ke medan perjuangan….aku tidak pernah puas mendidik manusia…usai mendidik manusia doanya aku juga terdidik sama…henyaklah sahaja onak dan rintangannya…kerana aku yakin..bara akan terus menyala membakar…kerana aku akan terus menggenggam bara!




p/s: sahabat sejati ya? bolehlah....huhu