Twitter
RSS

Di luar jangkaan dan kebetulan

1

Kalau peristiwa selalu berlaku di luar jangkaan, tentu manusia hidup dalam kekhuatiran sahaja. Kalau senantiasa dalam jangkaan pula, kita mungkin tidak berasa teruja kalaupun tidak bosan. Matahari tetap terbit selepas subuh dan dan tenggelam sewaktu datangnya magrib, tetapi apa-apa yang terjadi dari waktu ke waktu, antara subuh dan magrib, tidak selalu dapat diteka dengan pasti. Maka, apakah yang harus dilakukan? Membiarkan kehidupan mencari jalannya sendiri atau kehidupan harus dirancang bagi mengelakkan ketidaktentuan?

Kadang-kadang kita biarkan hari-hari yang berlalu tanpa memikirkannya sehingga kita terserempak dengan kejadian di luar duga. Kejadian yang kebetulan berlaku boleh menyeronokkan, dan boleh juga mendukacitakan. Pengalaman nyata dalam hidup, baik peribadi atau orang lain, namun lebih rumit dan kaya, lebih tidak terduga, untuk menginsafkan kita tentang takdir dan janji. Demikian hari-hari yang berlalu dalam diri saya ini, membuat diri ini banyak belajar, merenung dan bertafakur tentang banyak perkara, baik perkara yang kebetulan atau olengan-olengan perkara di luar jangkaan yang berlaku.

Izinkan saya berbahasa “saya” berbanding “aku” kerana saya juga harus cuba melakukan perkara di luar jangkaan biarpun selalunya perkara di luar jangkaan itu normalnya hadirkan natijah yang buruk. Saya bukanlah gemar melahirkan sesuatu di luar duga ini tetapi bahasa-bahasa orang di sekeliling saya selalu sahaja menyiat-nyiat buluhan qalbu saya untuk melakukan sesuatu di luar duga, dan selalunya sesuatu yang di luar duga itu kesannya yang buruk selalunya di paculkan pada saya semetelahlah saya ini bukan siapa-siapa dan saya tiada sebarang ruang pun untuk membelanya, yang ada pun ruangan ini buat saya lelahkan segalanya buat muhasabah dan renungan pada diri sendiri.

Izinkanlah juga saya lampirkan segala kebobrokan yang membikin duka di hati ini. Izinkanlah saya berkata benar biarpun pahit untuk kalian telan kerana Demi Allah segala kritikan dan teguran bukanlah untuk menjatuhkan tetapi atas dasar sayang dan kasih sesama umat. Izinkanlah saya berkata benar biarpun ini yang bukan kalian harap dan cita-citakan!

Sebentar tadi, di luar jangkaan dan kebetulan, mata saya terhidang dengan deretan poster dan fliers yang menulis tentang “boikot prom night” yang tertampal sepanjang laluan pelajar yang begitu mengujakan saya. Entah kerjaan siapa saya tidak tahu tetapi yang ingin benar saya tahu ialah tentang bagaimana umat Muslim di UniKL British Malaysian Institute ini menerima sesuatu itu dengan minda yang bertunjangkan kebenaran dan sifat kehambaan pada Tuhan. Jika tidak, hanya ibarat mencurah air di daun keladi. Tiada gunanya!

Adakalanya perkara di luar duga terlalu pahit untuk saya telan namun seharusnya saya membuat timbal balik secara tenang dan damai di hati sesuatu itu berlaku bukan seperti jangkaan. Bersyukur sahaja sesuatu itu berlaku tidaklah sampai menjerumuskan saya kelembah kebinasaan. Dan, sebagai seorang Muslim saya diajar menerima sesuatu sebagai qadak dan qadar dariNya. Dan seharusnya mursyid@cd itu sifatnya penuh kerendahan sahaja, biarpun terkadang singa di dalam diri cuba untuk menerkam dan membaham menentang kebobrokan di sekeliling!

Saya pernah dipinta oleh seorang pegawai pada sebuah organisasi untuk memberi komen dan ulasan pada organisasi tersebut untuk memperbaiki mutu dan cara kerja para stafnya. Bunyinya lebih kurang begini, “Cd, tolong saya isikan form ni..komenlah apa sahaja sebagai pandangan awak sebagai pelajar”..dan kata saya pula “tolong berikan borang soal selidik ini pada orang lain kerana anda akan menjadi subjek pertama yang akan saya komen”…balasnya pula..”awk tulis sahaja apa yang awak rasa tidak kena, kami menerima sebarang komen dengan hati terbuka..we are open minded!”…saya mengalah akhirnya dan catatan ulasan bercampur kritikan mula memenuhi ruang-ruang bergaris. Kata orang bijak pandai, menulis dikala tenang melahirkan sesuatu yang begitu indah dan idealistik. Begitu tenang saya rasakan ketika itu dan natijahnya saya memenuhkan semua ruang yang kosong sambil terngiang-ngiang di minda…”we are open minded!”…namun benarlah sesuatu itu bukan seperti jangkaan apabila saya mendapat tahu kritikan itu akhirnya berakhir di tong sampah! Tercanai bersama aksara-aksara we are open minded!

Adakalanya sesuatu itu datang dengan kejadian di luar duga dan kebetulan. Kebetulan atau entah apa pula sebuah program untuk membina semangat daya juang bercampur baur antara yang hak dan batil. Hak itu adalah hak dan yang batil tidak selayaknya bersama yang hak. Entah sialan apa program berkaraoke diakhiri dengan solat hajat! Anda seorang ustazah, dan saya bukanlah ustaz dan anda lebih tahu! I know we are British Malaysian! Tetapi bukanlah sesuatu pada hemat saya ianya bijak seandainya Tuhan melihat hambaNya mngakhiri majlis karaoke dengan solat hajat! Ianya terlalu dangkal! Dan entah mengapa saya turut terperangkap dalam kedangkalan ini? Sungguh! Ianya di luar duga!

Di luar lingkaran sesuatu di luar duga, syukur masih ada singa-singa Allah yang menyelinap cuba membahan segala kebobrokan dan berusaha dengan penuh kerendahan menegakkan hak. Dan mengambil sifat singa iaitu sesuatu itu perlu azam, cabaran dan strategi pantas sahaja memerlukan banyak jerih dan perih. Mungkin tidak seperti singa Allah, Umar r.a. tetapi boleh sahaja mengambil semangat dan kerendahan beliau untuk dijadikan panduan dan galakan, yakinlah sunah berjuang itu pahit kerana syurga itu manis! Telan sahajalah yang pahit kerana yang pahit selalunya penawar merawat kesakitan!

Cukuplah sedikit buat renungan diri sendiri, andai ada yang terasa mungkin sahaja boleh jadikan ia sebagai muhasabah bersama. Sesunggnya yang paling banyak mengkritik adalah yang paling menyayangi..dan saya benar menyayangi orang-orang di sekeliling saya biarpun sebagaimana anda. Mungkin cara dan keyakinan kita berbeza tetapi hakikatnya kita berkongsi sebuah bumi, dengan bulan dan mataharinya yang seandainya kita menggali ke dalam pekat diri pasti kita menemukan rahsia yang ajaib, kasih sayang dan cintaNya. Kasih syang dan cinta itu juga ada serpihannya dalam diri kita, iaitu pada hati kita, untuk diagih-agihkan kembali kepada dunia.

p/s: kalaulah mursyid menjadi prom king dan si dia prom queen..aduh..indahnya!

Mursyid: 9/11/09